Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sarawak catat kes tertinggi pembalakan haram tahun lepas

    KUALA LUMPUR, 27 FEB – Sebanyak 90 kes pembalakan haram telah direkodkan di seluruh negara pada 2022 dengan Sarawak mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 60 kes, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

    Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata 11 kes lagi telah direkodkan di Perak, diikuti Kelantan (10 kes), Sabah (empat kes), Selangor (dua kes) serta masing-masing satu kes di Johor, Negeri Sembilan dan Pahang.

    “Penjenayah yang melakukan kesalahan tersebut telah didakwa di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) di Semenanjung Malaysia, Ordinan Hutan 2015 (Bab 71) di Sarawak dan Enakmen Hutan 1968 (Sabah No. 2 Tahun 1968) di Sabah,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

    Beliau menjawab soalan Che Alias Hamid (PN-Kemaman) yang ingin tahu kadar kes pembalakan haram di setiap negeri sejak 2022 serta keberkesanan penggunaan teknologi baharu seperti dron dapat mengurangkan aktiviti pembalakan haram.

    Dalam pada itu, Nik Nazmi berkata Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hutan Sarawak turut mengambil pendekatan penggunaan beberapa teknologi bagi mengatasi masalah pembalakan haram. – Bernama

    Nik Nazmi semasa menjawab soalan Che Alias Hamid, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda