KUCHING, 7 APRIL – Pasukan pengawal pantai ‘Sarawak Coastguard’ yang dilancarkan hari ini dilihat mampu menjaga keselamatan nelayan dan sumber asli maritim di sepanjang perairan negeri itu. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata selain itu, mereka juga ditugaskan menjaga kawasan Taman Laut yang diwartakan di Sarawak dengan keluasan lebih 1.2 juta hektar.