Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sarawak dapatkan kepakaran Korea S bangun industri hijau

    KUCHING, 9 JUN – Sarawak berharap untuk mendapatkan kepakaran Korea Selatan bagi membangunkan industri hijau di negeri ini, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

    Beliau turut berkata, kedua-dua negara tersebut boleh meneroka bersama mengenai potensi Sarawak sebagai wilayah dalam Perolehan, Penggunaan dan Simpanan Karbon (CCUS) serta dalam pengeluaran bahan api penerbangan alternatif seperti Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF).

    “Saya percaya ada peluang besar bagi Sarawak dan Korea Selatan ke arah penggunaan SAF pada masa depan yang boleh memberi manfaat tambahan kepada ekonomi, alam sekitar dan sosial,” tambahnya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda