Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sarawak diunjur catat pertumbuhan 5-6 peratus tahun ini

    KUCHING, 11 NOV – Sarawak diunjur mencatatkan pertumbuhan ekonomi antara lima hingga enam peratus pada 2024 berikutan permintaan luar yang kukuh, peningkatan aktiviti dalam negeri dan tekanan inflasi yang berkurangan.

    Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata sektor perkhidmatan dijangka berkembang sebanyak 6.7 peratus untuk menjadi pemacu pertumbuhan utama dan itu disumbang terutamanya daripada sektor pelancongan yang mencatatkan kenaikan 21.4 peratus dalam perniagaan dan ketibaan pelancong dari Januari hingga September 2024.

    “Pengembangan aktiviti perdagangan, khususnya dalam pengangkutan, logistik, perkhidmatan kewangan dan insurans, juga memperlihatkan usaha Sarawak untuk mengukuhkan asas ekonominya,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 Sarawak di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

    Abang Johari berkata pelaburan kekal menjadi keutamaan dalam strategi ekonomi Sarawak, dengan RM6.84 bilion pelaburan swasta direkodkan pada separuh pertama 2024, terutamanya dalam industri pembuatan, elektrik dan elektronik serta logam asas.- Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda