Friday, July 25, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sarawak Energy ulangi komitmen

    KUCHING, 23 Jan – Sarawak Energy mengulangi komitmennya dalam membangunkan tena-ga boleh diperbaharui,mampu milik dan reliable sambil meneroka dan melaksanakan kemajuan teknologi sejajar dengan trend tenaga global.

    Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Sharbini Suhaili, dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Sarawak Energy di sini hari ini adalah penting untuk menjangka, mengenal pasti dan mengkaji pencetuskan perubahan dalam senario tenaga global untuk kekal relevan dengan pelanggan dan pihak-pihak berkepentingan serta beroperasi dengan cekap.

    Beliau berkata Sarawak Energy berhasrat untuk menjad penanda aras berskala atas bagi rakan serantau dan antarabangsa sambil menegaskan syarikat itu sedang memantau perkembangan dalam sektor tenaga dan menyesuaikan diri dengan menggunapakai teknologi baharu.

    “Ini akan memastikan kita bersedia untuk memanfaatkan peluang-peluang baharu dan pada masa yang sama menangani cabaran yang dihadapi,” kata beliau dalam pembentangan kertas kerjanya bertajuk ‘Hydropower Development – Affordable, Renewable and Reliable Energy to Energise Transformation & Sustainable Opportunities’ pada Minggu Tenaga Antarabangsa (IEW) 2018 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, hari ini.

    Sharbini berkata tenaga hidro merupakan pilihan terbaik untuk membekalkan tenaga bagi pertumbuhan dan pembangunan Sarawak dengan mengambil kira betapa ia telah memberi manfaat kepada pelanggan dan menekankan lagi bahawa Sarawak Energy kini menawarkan purata tarif terendah di Malaysia dan antara paling rendah di rantau ini.

    “Bagi Sarawak, tenaga hidro boleh diperbaharui telah menguasai sektor tenaga terutama pada dekad yang lalu dengan membekalkan tenaga yang mampu dimanfaatkan dan mampan untuk pertumbuhan dan pembangunan Sarawak. – Bernama

    Kakitangan Sarawak Cable Berhad Siti Nozieha menyusun pelbagai jenis contoh kabel untuk dipamerkan sempena Minggu Tenaga Antarabangsa (IEW) Keempat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda