Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sarawak hantar bekalan oksigen ke Kalimantan

    KUCHING, 22 JULAI – Kerajaan Sarawak akan menghantar bekalan oksigen ke Kalimantan Barat bagi kegunaan pesakit COVID-19 di hospital di wilayah Indonesia itu, kata Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini.

    Katanya, beliau menerima permintaan daripada Gabenor Kalimantan Barat H. Sutarmidji Sh M. Hum mengenai perkara itu dan proses penghantaran sedang diuruskan dengan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Jemut Masing diberi tanggungjawab bagi menguruskan perkara tersebut.

    Beliau berkata penghantaran akan dibuat antara kerajaan Sarawak dengan Wilayah Kalimantan Barat dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membuat penghantaran kepada Tentera Negara Indonesia (TNI) di sempadan Sarawak-Kalimantan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda