Khamis, November 20, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sarawak hargai persetujuan kerajaan Malaysia tambah kerusi parlimen

    KUCHING, 17 NOV – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menyambut baik persetujuan secara prinsip Kerajaan Persekutuan untuk menambah bilangan kerusi Parlimen bagi negeri itu.

    Beliau bagaimanapun berkata cadangan meningkatkan kerusi hingga satu pertiga daripada keseluruhan kerusi Parlimen adalah bidang kuasa penuh Kerajaan Persekutuan, dan Sarawak bersedia untuk berbincang lebih lanjut.

    “Kita ucap terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bersetuju menambahkan kerusi Parlimen… sama ada dapat memenuhi satu pertiga, nanti kita akan runding.

    “Kalau mereka bersedia, kita runding… kalau tidak, kita tunggu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Integriti Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) bertemakan Advancing Sarawak with Integrity dan melancarkan DBOS Islamic Banking Window, hari ini.

    Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia berkata kerajaan secara dasarnya bersetuju menambah bilangan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak mengambil kira jumlah pengundi di kedua-dua negeri namun menjelaskan bahawa tiada komitmen untuk meningkatkan jumlah itu hingga satu pertiga daripada keseluruhan kerusi. 

    Pada masa ini, Sabah dan Sarawak masing-masing mempunyai 25 dan 31 kerusi Parlimen. – Bernama

    Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) merasmikan Hari Integriti Development Bank of Sarawak Berhad, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda