Sunday, December 10, 2023
29.1 C
Brunei

    -

    Sarawak, Indonesia bincang penerbangan terus Kuching-Pontianak

    SERIAN, 1 SEPT – Kerajaan Sarawak akan berbincang dengan Indonesia bagi memulakan penerbangan terus dari Kuching ke Pontianak.

    Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin berkata pihaknya akan memulakan perbincangan tersebut dengan pihak Konsulat Jeneral Indonesia di Kuching tidak lama lagi. 

    “Saya juga difahamkan bahawa syarikat penerbangan AirAsia sudah memohon untuk memulakan penerbangan bagi Kuching ke Pontianak.

    “Jadi kita harap perkara ini dapat direalisasikan segera agar sektor pengangkutan kita dapat kembali seperti sebelum pandemik COVID-19,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan semula operasi bas ekspres antara Kuching dan Pontianak di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini hari ini.

    Sementara itu, Lee mengingatkan pemandu bas ekspres bagi perjalanan Kuching-Pontianak-Kuching supaya tidak mengambil penumpang di pertengahan jalan bagi mengelak kemasukan pendatang tanpa izin dan aktiviti penyeludupan dadah.

    “Pegawai penguat kuasa juga telah diingatkan melakukan pemeriksaan yang kerap agar tiada pengambilan penumpang secara tiba-tiba dan tiada aktiviti berkaitan dadah,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Hong Kong adakan pilihan raya majlis pertama di bawah peraturan baharu

    HONG KONG, 10 DIS - Penduduk pergi mengundi pada hari ini dalam pilihan raya majlis daerah pertama Hong Kong sejak rombakan pilihan raya dilaksanakan...