Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Sarawak isytihar berkabung dua hari

    KUCHING, 21 FEB – Kerajaan Sarawak mengisytiharkan berkabung selama dua hari bermula hari ini sebagai menghormati pemergian bekas Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud.

    Kerajaan Sarawak dalam kenyataan rasmi memaklumkan bendera di seluruh Sarawak juga akan dikibarkan separuh tiang dan sebarang acara hiburan ditangguhkan.

    “Masjid dan rumah ibadat adalah digalakkan untuk mengadakan majlis doa bagi memperingati pemergian Tun Abdul Taib,” menurut kenyataan itu.

    Jenazah Abdul Taib tiba dari Kuala Lumpur petang tadi dan terus dibawa ke kediaman Allahyarham di Demak Jaya, Jalan Bako.

    “Jenazah akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) esok dan orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir bermula 8 pagi hingga 11:30 pagi.

    “Selepas itu, jenazah akan dibawa ke Masjid Demak berdekatan kediaman Allahyarham untuk disolatkan sebelum dikebumikan dengan istiadat pengkebumian negeri di perkuburan keluarga di Demak Jaya,” menurut kenyataan itu.

    Abdul Taib Mahmud, 87, meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur awal pagi tadi.

    Dilahirkan pada 21 Mei 1936, Abdul Taib merupakan perancang utama yang mencorakkan pembangunan Sarawak, apabila menerajui kepimpinan negeri sebagai Ketua Menteri selama 33 tahun sebelum ini. – Bernama

    Bendera gergasi Sarawak di Dataran Ibu Pertiwi, dikibarkan separuh tiang sebagai menghormati pemergian Tun Abdul Taib Mahmud. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...