Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Sarawak jalankan proses penilaian terhadap MASWings

    KUCHING, 23 NOV – Kerajaan negeri Sarawak kini sedang menjalankan proses penilaian wajar terhadap MASWings Sdn Bhd sebagai persediaan untuk pengambilalihan, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak diberitahu hari ini.

    Timbalan Menteri Pengangkutan negeri, Datuk Dr Jerip Susil berkata selain itu, rundingan juga sedang dijalankan dengan Malaysia Aviation Group (MAG) dan Khazanah Nasional Bhd untuk membeli saham dalam MASWings.

    “Pengambilalihan akan dilakukan secara berperingkat dan operasi syarikat penerbangan milik Sarawak itu hanya akan dimulakan selepas keseluruhan proses pengambilalihan berkenaan selesai dan dimuktamadkan,” katanya dalam jawapan kepada Lo Khere Chiang (GPS-Batu Kitang) yang ingin tahu bila syarikat penerbangan Sarawak akan mula beroperasi.

    Pada 27 Oktober 2023, syarikat milik Sarawak Hornbill Skyways Sdn Bhd dan MAG menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk mempercepatkan pembelian saham dalam MASWings bagi pengurusan perkhidmatan udara luar bandar. – Bernama

    Pesawat MASwings dihias Jalur Gemilang sempena pelancaran Logo Ekspesi Negaraku MASwings di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...