SIBU, 16 Dis – Sarawak sedang mengkaji model perhutanan yang digunakan di Finland untuk dicontohi bagi pengurusan perhutanan yang mampan negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata usaha itu penting bagi meningkatan keyakinan pasaran luar bahawa industri perkayuan di Sarawak adalah mesra alam.
“Kita sedang mengkaji model yang digunakan di Finland. Walaupun berdepan masalah dari segi cuaca, perhutanan semula di negara itu masih boleh berjaya,” katanya ketika merasmikan bangunan korporat M.M. Golden (M) Sdn Bhd di Jalan Deshon di sini kelmarin.
Katanya beliau juga telah mengarahkan Jabatan Hutan untuk memastikan setiap pokok yang ditebang di negeri itu ditanam semula dengan pokok yang cepat tumbuh untuk memastikan kelestarian hutan. – Bernama