Thursday, January 30, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sarawak latih petani beralih ke teknologi moden

    GEDONG, 28 JAN – Sarawak kini giat mendidik petaninya untuk beralih daripada kaedah tradisional ke kaedah baharu dalam penanaman padi yang menggunakan mesin dan teknologi moden.

    Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata usaha itu turut melibatkan kerjasama pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) untuk menyakinkan petani menggunakan kaedah moden tersebut.

    “Orang kampung kalau mereka melihat sendiri baru mereka percaya, sebab itu saya (kerajaan) beli mesin dan beri kepada persatuan peladang yang kemudian akan menyewakannya kepada petani. 

    “Setiap keluarga petani biasanya memiliki dua hektar tanah untuk penanaman padi dan mesin ini hanya mengambil masa sejam untuk menyelesaikan kerja. Dengan pendekatan ini, kerajaan sasarkan lebih 240,000 tan metrik padi dihasilkan termasuk oleh petani kecil-kecilan,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutupan Program Digital Desa hari ini yang turut dihadiri Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick. 

    Abang Johari berkata Sarawak menyasarkan pengeluaran padi sebanyak 240,000 tan metrik untuk  memastikan keterjaminan bekalan makanan ruji tersebut, menjelang 2030.

    Sementara itu, Ewon berkata di bawah inisiatif pandang ke Malaysia Timur, Kementerian Pembangunan eushawan dan Koperasi (KUSKOP) akan memberikan fokus tambahan kepada pembangunan usahawan dan koperasi di Sabah dan Sarawak. – Bernama

    Tan Sri Abang Johari Tun Openg menunjukkan telefon pintar beliau ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Program Digital Desa, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda