KUCHING, 23 NOV – Sarawak boleh menyertai kumpulan negara-negara pengeluar hidrogen menjelang 2050 sekiranya berjaya memanfaatkan potensi sumbernya untuk menghasilkan sumber tenaga boleh diperbaharu ini, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata kerajaan negeri secara serius telah memulakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) hidrogen selepas mengkaji daya majunya untuk dihasilkan secara skala