Wednesday, July 3, 2024
23 C
Brunei

    -

    Sarawak perkenal MyRSBN Home Prepaid Plan

    KUCHING, 30 JUN – Sarawak akan memperkenalkan MySRBN Home Prepaid Plan iaitu pelan prabayar Internet bagi kegunaan setiap isi rumah di kawasan luar bandar dengan harga serendah RM5 seminggu untuk 200 gigabait (GB).

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi berkata penambahbaikan perkhidmatan Inisiatif Rangkaian Jalur Lebar Luar Bandar Sarawak (MySRBN) oleh Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) itu dilancarkan pada 7 Julai ini, dengan pelanggan menerima pakej pramuat percuma sebanyak 300 megabait (MB) setiap bulan.

    “Kalau kita lihat secara perbandingan, penyedia perkhidmatan lain beri kemudahan yang sama dengan inisiatif ini tetapi dengan harga bulanan RM70… namun pelan ini pelanggan cuma tambah RM20 untuk 1,000 GB sebulan dan pelanggan juga boleh pilih untuk beli secara mingguan.

    “Maknanya ada beza RM50 dan saya merasakan RM50 telah ditanggung SDEC. Jadi ada elemen subsidi di situ dan ini adalah usaha SDEC dan kerajaan Sarawak untuk meningkatkan ketersambungan di kawasan luar bandar,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Hari Digital dan Ketersambungan Sarawak di Tebingan Kuching, hari ini.

    Menurutnya, SDEC turut melaksanakan pemasangan router dan atena secara percuma kepada pelanggan yang telah diluluskan permohonannya.

    Dilancarkan pada 2021, inisiatif jalur lebar tanpa wayar MyRSBN setakat ini telah diperluaskan ke 490 kawasan luar bandar melibatkan 19,668 premis di seluruh Sarawak. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan sambung latihan artileri di sempadan

    SEOUL, 2 JULAI – Korea Selatan menyambung semula latihan artileri berhampiran sempadan dengan Korea Utara pada Selasa buat kali pertama dalam tempoh enam tahun,...