Monday, February 3, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sarawak perlu bina jalan keselamatan sempadan lengkap

    KUCHING, 17 MEI– Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak diminta membangunkan jalan keselamatan sempadan serta Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) di kawasan Murum, bagi menghubungkan Sarawak dengan Nusantara, Kalimantan, yang dirancang sebagai ibu kota baharu Indonesia.

    Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak, Murum Kennedy Chukpai Ugon berkata jalan itu dicadang bermula dari Empangan Murum, Belaga hingga Pos CIQS Long Nawang, Indonesia dengan jarak melibatkan kira-kira 123 kilometer.

    “Laluan jalan keselamatan sempadan ini akan turut melalui Long Lidem, seterusnya ke Long Unai dan ke Tapak Megah (pos sempadan Malaysia). Baru-baru ini, ketika lawatan ke CIQS Long Nawang, kita melihat Indonesia sudah 75 peratus siap dari segi kemudahan dan jalan raya, (tetapi) di sebelah kita (Sarawak) masih menggunakan jalan balak sepenuhnya.

    “Kita cadangkan kerajaan membina CIQS yang berdekatan dengan Indonesia kerana kita tak mampu buat terlampau jauh kerana tidak dapat mengawal pergerakan dan kemungkinan wujudnya jalan tikus,” katanya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri hari ini. – Bernama

    Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak, Murum Kennedy Chukpai Ugon. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda