Thursday, January 9, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sarawak perlu lebih 800,000 pekerja untuk ladang kelapa sawit

    KUCHING, 7 JAN – Sarawak memerlukan lebih 800,000 pekerja di ladang kelapa sawit di seluruh negeri, kata Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah negeri, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.

    Beliau berkata jumlah berkenaan hanya melibatkan ladang yang diuruskan oleh Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (Salcra) dan tidak mengambil kira sektor pertanian lain.

    “Dianggarkan terdapat 1.62 juta hektar (tanah ladang kelapa sawit) di negeri ini. Kita menghadapi masalah besar iaitu kekurangan penuai buah sawit.

    “Setiap pekerja sepatutnya menuai 1.5 tan hasil sehari. Tanpa jumlah pekerja yang mencukupi, kita akan kerugian wang dan peluang,” katanya pada sidang media selepas mengakhiri lawatan kerja selama lima hari ke Indonesia hari ini.

    Dr Rundi berkata bagi mengatasi isu kekurangan tenaga kerja, Salcra telah mengadakan lawatan ke beberapa lokasi di Indonesia, seperti Jakarta dan Lombok, untuk menjalankan temu duga terhadap pekerja yang berminat.

    “Proses (pengambilan pekerja asing) memerlukan banyak pematuhan peraturan. Kami perlu bekerjasama dengan jabatan buruh dan imigresen. Di Semenanjung Malaysia, pekerja biasanya tiba dalam tempoh 45 hari, tetapi dalam kes kita, ia masih mengambil masa sekitar 90 hari atau lebih,” katanya. – Bernama

    Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom (tengah) menyaksikan penyerahan senarai nama pekerja Indonesia sempena lawatan kerja ke Indonesia kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda