Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sarawak perluas BILA ke peringkat global

    KUCHING, 28 APRIL – Sarawak telah meningkatkan platform pengiktirafannya bagi acara perniagaannya dengan pelancaran Anugerah Inspirasi Legasi Borneo (BILA), yang kini diperluas ke peringkat global bagi mengiktiraf sumbangan cemerlang.

    Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata anugerah yang tambah baik itu, mencerminkan komitmen Sarawak terhadap kelestarian dan impak jangka panjang dalam sektor acara perniagaan global.

    “Ini meletakkan industri ini sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi, perkongsian ilmu, tanggungjawab alam sekitar dan kemajuan sosial,” katanya pada sidang media BILA 2025, hari ini.

    Abdul Karim berkata Sarawak kini muncul sebagai hab global untuk para pakar bertukar idea dalam membentuk industri serta dasar mereka.

    “Acara perniagaan hari ini menjadi pemangkin inovasi dan kemajuan, bukan sekadar platform untuk berhubung,” katanya.

    Beliau berkata Sarawak perlu menyesuaikan diri, berinovasi dan menerima perubahan untuk kekal berdaya saing dalam era pendigitalan dan perubahan jangkaan audiens.

    Anugerah BILA anjuran Business Events Sarawak (BESarawak), menawarkan 18 anugerah merangkumi lima kategori untuk mengiktiraf inisiatif berimpak yang memberi manfaat kepada Sarawak. – Bernama

    Abdul Karim (tengah) bergambar ramai selepas Sidang Media BILA 2025 di Bangunan Baitulmakmur 2 pada 28 April. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda