Wednesday, March 26, 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sarawak perlukan lebih ramai pekerja mahir

    KUCHING, 25 MAC – Berlaku kekurangan pekerja mahir di negeri ini terutamanya jurukimpal berikutan pelbagai projek infrastruktur yang sedang dilaksanakan pada masa ini, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

    Beliau berkata hal berkenaan dimaklumkan oleh pihak kontraktor di negeri ini.

    “Bukan mudah untuk mereka (kontraktor) mengambil pekerja asing kerana peraturan imigresen yang ketat. Sehubungan itu, saya berharap institusi pendidikan tempatan seperti Kolej Universiti i-CATS mampu memainkan peranan dalam mengatasi masalah ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak berkata di bawah kepimpinan Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg, negeri itu sedang giat melaksanakan pelbagai projek infrastruktur di seluruh negeri.

    Beliau berkata kementeriannya sahaja sedang mengendalikan projek-projek yang dianggar bernilai RM30 bilion.

    “Terdapat dua projek besar iaitu pembinaan lapangan terbang antarabangsa dan pelabuhan laut dalam baharu, kedua-duanya di Tanjung Embang,” katanya. – Bernama

    Datuk Amar Douglas Uggah Embas berucap pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung ke-16 Pergerakan Pemuda dan Wanita PBB di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), baru-baru ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda