Tuesday, December 24, 2024
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sarawak pertimbang dana hantar belia hadiri persidangan antarabangsa

    KUCHING, 16 OKT – Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak sedang menimbangkan langkah untuk mewujudkan sejumlah dana bagi membantu untuk menghantar belia menghadiri persidangan antarabangsa yang boleh membantu meningkatkan kualiti kepimpinan mereka.

    Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengakui kekangan kewangan adalah antara punca yang menghalang belia daripada menyertai persidangan berkualiti tinggi yang biasanya mengenakan bayaran yang tinggi.

    “Pasti ada bayaran (untuk menghadiri persidangan antarabangsa), dan jika mereka hanya pelajar universiti, mereka mungkin menghadapi sedikit masalah (membayar yuran).

    Di sinilah saya rasa kementerian saya sepatutnya dapat membantu,” katanya kepada pemberita di luar Persidangan Antarabangsa Sains Tropika (TropSc) 2024 di Kuching hari ini.

    Beliau berkata walaupun belum ada skim khusus di bawah kementeriannya untuk menyalurkan bantuan berkenaan, beliau akan berbincang dengan pegawai kanannya mengenai kemungkinan memperuntukkan sebahagian daripada dana penyelidikan RM10 juta, bagi tujuan itu.

    “Sebagai permulaan, mungkin kita boleh peruntukkan satu atau dua juta (ringgit) bagi tujuan itu,” katanya, dan menambah dana itu tidak memerlukan pembentangan belanjawaan di Dewan Undangan Negeri terlebih dahulu untuk disediakan. – Bernama

    Menurut Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, kementeriannya sedang menimbangkan langkah untuk mewujudkan sejumlah dana bagi membantu untuk menghantar belia menghadiri persidangan antarabangsa. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda