KUCHING, 2 APRIL – Sarawak mengambil langkah berjaga-jaga dalam menangani penularan wabak COVID-19 dengan menyediakan 100 katil unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Umum Sarawak (HUS), kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPNB) Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak berkata HUS adalah hospital yang dikhaskan untuk pesakit COVID-19 di Sarawak serta mempunyai keseluruhan