KUALA LUMPUR, 25 MEI – Sarawak sedang memperhebat usaha untuk mengintegrasikan bekalan tenaganya secara lebih efisien dalam Rangkaian Kuasa ASEAN, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata negeri di Malaysia Timur itu telah membekalkan tenaga elektrik ke Kalimantan Barat, Indonesia sejak enam tahun lepas, dan kini sedang dalam proses untuk membekalkan tenaga kepada Brunei.
“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah meminta saya mengkaji kemungkinan membekalkan tenaga dari Sarawak ke Sabah dan seterusnya ke Brunei.
“Sarawak akan memainkan peranannya dalam menyumbang kepada Rangkaian Kuasa ASEAN,” katanya semasa sesi Sustainable Leadership Fireside Chat – Leading ASEAN’s Sustainable and Digital Frontier bersempena Sidang Kemuncak Ekonomi Wanita ASEAN 2025 (AWES 2025) hari ini. – Bernama
