Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Sarawak sedia hos HAWANA 2024

    KUCHING, 29 MEI – Sarawak bersedia menjadi tuan rumah sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

    Beliau berkata, kerajaan negeri Sarawak akan turut membantu dengan menyalurkan dana kepada persatuan wartawan di negeri itu bagi penganjuran HAWANA.

    “Kalau (Menteri Komunikasi dan Digital) Fahmi Fadzil bersetuju, kami (Sarawak) boleh jadi tuan rumah bagi HAWANA tahun depan. Penganjuran HAWANA di sini akan memberi peningkatan positif kepada dunia kewartawanan di Sarawak,” katanya ketika berucap di majlis jamuan teh sempena HAWANA 2023 peringkat Sarawak hari ini.

    Pada Sabtu lepas, Fahmi berkata, kementeriannya mempertimbang penganjuran HAWANA ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak agar semua pengamal media dapat terlibat dengannya.

    Mengenai usaha membangunkan industri kewartawanan khususnya di negeri itu, Abang Johari berkata, Sarawak akan menganjurkan persidangan kewartawanan peringkat antarabangsa kelak.

    “Persidangan ini akan mengupas cara meningkatkan kualiti pelaporan dan kerjasama yang boleh dilakukan bersama universiti untuk bidang kewartawanan,” katanya.

    Menurutnya pengambilan wartawan daripada pelbagai latar belakang dapat melonjakkan kualiti pelaporan sesebuah berita. – Bernama

    Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) menerima cenderahati daripada Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol (kiri) pada majlis jamuan Teh sempena HAWANA 2023 Sarawak. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    2 ditahan lepaskan tembakan ke rumah bintang Bollywood

    AHMEDABAD, 16 APRIL – Dua anggota kumpulan penjenayah terkenal ditahan polis India hari ini kerana melepaskan tembakan ke arah rumah pelakon Bollywood, Salman Khan...