Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sarawak sedia keluar dana projek tanam padi

    KUCHING, 11 JUN – Kerajaan Sarawak bersedia memperuntukkan sejumlah dana dalam projek penanaman padi bagi memastikan pengeluaran beras dan keselamatan makanan di Malaysia terjamin.

    Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata jumlah sebenar dana itu bagaimanapun masih belum dapat ditentukan memandangkan masih dalam proses perbincangan antara kementerian yang berkaitan.

    “Saya berpeluang bertemu dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu semasa lawatan beliau ke Kuching, saya kemukakan mengenai pelan untuk pengeluaran beras dan padi dengan membandingkan kawasan Stumbin, Lingga dan Tanjung Bijat di Sri Aman dengan Kedah.

    “Keluasan kawasan itu hampir sama dengan pelaburan melebihi RM1 bilion termasuk untuk pengairan dan saliran oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Kedah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Serantau kali kedua mengenai Pemuliharaan Agrobiodiversiti dan Penggunaan Lestari (RAC2) 2024 hari ini. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda