Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sarawak sedia salur dana tambahan bangunkan infrastruktur CIQS

    KUCHING, 4 OGOS – Kerajaan Sarawak sedia menyalurkan dana tambahan untuk membangunkan infrastruktur menuju ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) sebagai usaha mempercepat proses naik taraf sempadan Malaysia di negeri itu.

    Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata keutamaan bagi dana tambahan itu antaranya akan diberikan kepada CIQS Tebedu, Serian-Entikong, Indonesia serta Ba’kelalan, Lawas-Long Midang, Indonesia yang masing-masing terletak di selatan dan utara negeri.

    “Kita memang sudah ada kerjasama (dengan kerajaan Persekutuan) dan pendekatan untuk majukan kawasan persempadanan, lebih-lebih lagi Tebedu-Entikong dan Ba’Kelalan.

    “Kita sukarela untuk tolong contohnya sebab ada berkembar. Laluan kenderaan ke Tebedu dan terdapat kawasan industri bersebelahan Tebedu, supaya kita dapat membina jalan raya dan melabur di sana,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran buku Gabenor Pertama Sarawak Tun Openg, hari ini.

    Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof semalam mengenai peruntukan RM1 bilion untuk menaik taraf CIQS belum dimanfaatkan sepenuhnya oleh kementerian dan agensi berkaitan.

    Pada Januari 2023, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan berkenaan untuk memulakan kerja-kerja menaik taraf prasarana dan keupayaan CIQS di sempadan Sarawak dan Sabah. – Bernama

    Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima buku hasil karya Pengarah Sarawak Media Group di Kompleks Hikmah Exchange, pada 4 Ogos. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda