Tuesday, April 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sarawak sediakan RM200,000 setahun selenggara balai bomba

    SIBU, 8 APRIL – Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM200,000 setiap tahun bagi tujuan menaik taraf kemudahan dan penyelenggaraan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah.

    Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Michael Tiang Ming Tee, berkata kementerian itu juga turut merancang menyediakan kemudahan perumahan mampu milik berhampiran balai berkenaan bagi memberi peluang anggota bomba memiliki kediaman sendiri.

    “Anggota bomba perlu diberi peluang memiliki rumah mampu milik kerana mereka berkhidmat kepada komuniti dengan penuh komitmen dan mesti diberikan keutamaan,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri 1446 Hijrah/2025 Masihi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak di BBP Sungai Merah semalam. 

    Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Othman Abdullah serta Pengarah JBPM Sarawak Jamri Masran. Dalam pada itu, Tiang yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan berkata kemajuan pesat yang dinikmati Sarawak ketika ini didorong oleh semangat perpaduan dan saling menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. – Bernama

    Tiang semasa bercakap kepada media pada Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri 1446H/ 2025 Peringkat JBPM Negeri Sarawak di BBP Sungai Merah pada 7 April. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda