Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Sarawak selidik olah kanji sagu jadi nasi

    KUCHING, 13 MEI – Sarawak sedang memulakan penyelidikan untuk menjadikan kanji sagu sebagai makanan ruji alternatif kepada nasi, kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn.

    Bagaimanapun beliau berkata, tidak akan terlalu cepat untuk penyelidikan itu menghasilkan keputusan pasti yang boleh menentukan kebolehlaksanaan untuk ia dikomersialkan.

    “Belum lagi (di peringkat komersial). Ia masih dalam peringkat penyelidikan makmal tetapi ia adalah satu kejayaan di mana mereka mendapati bahawa salah satu produk yang boleh dihasilkan daripada kanji sagu ini ialah menukarkannya menjadi beras,” katanya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini.

    Terdahulu ketika menggulung perbahasan untuk kementeriannya, beliau berkata penyelidikan itu dijalankan oleh sebuah syarikat milik kerajaan negeri, CRAUN Research Sdn Bhd, dengan hasrat untuk mempelbagaikan produk sagu dan menyediakan peluang untuk menangani isu keselamatan makanan.

    “Nasi sebagai makanan ruji kita kini boleh dirumus menggunakan kanji daripada sagu. Jika anda tidak mempunyai deria rasa yang tajam, anda tidak akan dapat bezakan antara nasi biasa dan nasi kanji sagu,” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...