SIBU, 29 NOV – Pembukaan pusat perkhidmatan sehenti dengan jenama ‘Service Sarawak’ di tiga bandar utama Sarawak adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri dalam menambah baik dan memudahkan lagi penyampaian perkhidmatan awam kepada kira-kira 2.8 juta penduduknya.
Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Jaul Samion berkata, tiga pusat itu ditempatkan di bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Kuching, Sibu dan Miri, dibuka tujuh hari seminggu, kecuali pada hari-hari perayaan utama.
“Ini merupakan usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat di Sarawak. Service Sarawak merupakan pusat sehenti yang menawarkan 10 jenis transaksi di satu kaunter, antaranya anda boleh membayar bil air, elektrik, cukai pintu dan banyak lagi. –Bernama