Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Sarawak Skills tawar 10 kursus pendek

    KUCHING, 25 FEB – Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (Sarawak Skills) di Sri Aman kini menawarkan 10 kursus pendek untuk manfaat penduduk di bahagian itu.

    Pengarah Eksekutif Kumpulan Institusi Pembelajaran Sarawak Skills, Hallman Sabri berkata kursus yang bermula pada 19 Februari itu meliputi latihan dalam pendawaian elektrik asas, pembaikan dan penyelenggaraan komputer serta Microsoft Word, Excel dan PowerPoint.

    “Sarawak Skills Sri Aman juga merancang untuk menawarkan pelbagai program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) seperti Sistem Komputer dan Rangkaian, Elektrik dan Perladangan pada separuh kedua tahun ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Hallman yang juga Pengerusi Persekutuan Pusat Pembangunan Kemahiran Malaysia (FMSDC) berkata Sarawak Skills sangat berbangga dengan usaha bersama kerajaan dan industri bagi membangunkan modal insan negeri dan negara.

    “Sememangnya kami berterima kasih atas sokongan padu daripada kerajaan Sarawak dan Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) atas kemudahan penubuhan pusat pembelajaran baharu dan memupuk pelbagai inisiatif pembangunan bakat di kawasan ini.

    “Program berkenaan akan memberi sumbangan besar terhadap sokongan transformasi enam sektor ekonomi utama Sarawak (enjin utama pertumbuhan) selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS) Sarawak,” katanya.

    Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak ditubuhkan oleh kerajaan Sarawak pada 1994 sebagai penyedia latihan dan pendidikan teknikal dan vokasional, dengan anak syarikat termasuk International College of Advanced Technology Sarawak (i-CATS), Automotive and Welding Institute of Sarawak (AWISAR), Institut Latihan Industri Elektrik Sarawak (SEITI) dan Institut Latihan Vokasional Pertanian Sarawak (SAVTI). – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...