Sunday, November 17, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sarawak tuan rumah APAPCH 2023

    KUCHING, 3 MEI – Sarawak memenangi bidaan sebagai tuan rumah Persidangan Konsortium Akademik Asia Pasifik untuk Kesihatan Awam (APACPH) ke-54 yang akan berlangsung pada 30 Okt hingga 1 Nov depan.

    Timbalan Premier, Datuk Seri Dr Sim Kui Hiam berkata Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Business Events Sarawak (BESarawak) telah memainkan peranan besar di sebalik kejayaan menjadi tuan rumah persidangan yang dijangka dihadiri sekurang-kurangnya 800 pakar dalam bidang perubatan komuniti dan kesihatan awam global.

    “Legasi yang kami harapkan ialah persidangan di Sarawak ini adalah kunci kepada perkembangan kesihatan awam Malaysia dan Asia,” katanya pada sidang media hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda