Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sarawak tubuh jawatankuasa pakar perumahan

    MIRI, 24 NOV – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menubuhkan sebuah jawatankuasa pakar perumahan yang berperanan mengenal pasti dan mencadangkan model ekosistem perumahan mampu milik menyeluruh.

    Menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata usaha itu bagi memastikan setiap projek perumahan mampu milik bukan sahaja mempunyai kemudahan infrastruktur yang lengkap malah merangkumi aspek proses pemilikan rumah.

    “Barisan pakar ini akan melihat secara objektif dan holistik model terbaik penyediaan perumahan mampu milik serta kaedah pembiayaan yang dapat menyokong impian rakyat untuk memiliki rumah,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pecah tanah projek perumahan mampu milik Vista Perdana Fasa 3 oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Permyjaya, Kuala Baram di sini hari ini.

    Jelasnya, usaha itu sejajar dengan agenda KPKT untuk menyediakan perumahan rakyat dengan tahap daya huni yang tinggi. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda