Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Sarawak tunggu lesen untuk mulakan operasi syarikat penerbangan butik

    KUCHING, 13 NOV – Kerajaan Sarawak kini hanya menunggu lesen yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) bagi membolehkan syarikat penerbangan butik miliknya memulakan operasi.

    Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata aspek pengoperasian syarikat penerbangan itu sudah dimuktamadkan dengan bermatlamat untuk membolehkan kemasukan pelancong secara langsung ke negeri berkenaan.

    “Kita telah buat kajian dan nampaknya ia (penubuhan syarikat penerbangan butik) boleh (dilaksanakan). Sekarang kita hanya tunggu keputusan oleh Kementerian Pengangkutan untuk dapatkan lesen,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program Sarawakku Sayang, hari ini.

    Katanya, syarikat kecil itu akan beroperasi di bawah platform Hornbill Skyways dan akan dapat melonjakkan kemasukan pelancong ke negeri Bumi Kenyalang itu.

    Dalam pada itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata penubuhan syarikat penerbangan itu dilihat akan memberi manfaat kepada rakyat Sarawak yang mahu pulang ke kampung halaman dengan harga tiket penerbangan yang berpatutan. – Bernama

    Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata aspek pengoperasian syarikat penerbangan itu sudah dimuktamadkan dengan bermatlamat untuk membolehkan kemasukan pelancong secara langsung ke negeri berkenaan. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...