KUCHING, 27 JULAI – Sarawak akan menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sama ada akan meneruskan Pilihan Raya Negeri (PRN) atau tidak, sebaik sahaja Proklamasi Darurat ditamatkan.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata meskipun darurat berkemungkinan besar tidak dilanjutkan selepas 1 Ogos ekoran keputusan Kerajaan Persekutuan untuk tidak menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi pelanjutan darurat, terdapat tiga perkara yang perlu dipertimbangkan. – Bernama
