Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sarimah bawa anak keluar rumah

    Setelah sekian lama ‘berkurung’, pelakon dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim akhirnya memberanikan diri membawa anak sulungnya, Tunku Sofia Najihah, 11 bulan, untuk meluangkan masa bersama teman rapat.

    Namun kata Sarimah, 42, dalam keterujaan itu dia dan rakan-rakannya tetap mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan berikutan penularan wabak COVID-19.

    “Akhirnya dapat bersantai dengan teman-teman rapat sambil mematuhi SOP.

    “Duduk dalam kumpulan kecil, berlainan meja dan pakai mask sampai masuk ke dalam premis dan setelah diperiksa suhu badan,” katanya.

    Tambah Sarimah, puteri sulungnya itu dilihat seronok apabila dapat berjumpa dengan orang ramai malah mula menunjukkan reaksi enggan pulang ke rumah.

    “Sofia happy sangat dapat jumpa orang. (Dia) menangis apabila sampai masa untuk balik rumah.

    “Kita perlu terus hidup tapi berhati-hati ya semua, perjuangan ini masih belum berakhir,” tulisnya di Instagram.

    Sofia yang kini berusia 11 bulan berkongsi tarikh hari lahir sama dengan moyangnya, Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman iaitu pada tanggal 19 Julai.

    Sarimah dan suaminya, Tunku Nadzimuddin mendirikan rumah tangga pada 2 April 2015. – Agensi

    Anak Sarimah Ibrahim dilihat seronok apabila dapat berjumpa dengan orang ramai malah mula menunjukkan reaksi enggan pulang ke rumah. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda