Monday, March 24, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sarimah dakwa pernah diraba penerbit rancangan

    Pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim, 45, mendedahkan, dia pernah berkali-kali menjadi mangsa gangguan seksual termasuk diraba oleh seorang penerbit sebuah rancangan terkenal.

    Sarimah mendakwa, individu berkenaan berpura-pura membetulkan mikrofon sebelum rancangan bermula dan kemudian mengambil kesempatan memegang bahagian dadanya.

    “Saya pernah terkena gangguan seksual semasa bekerja di sebuah set rancangan terkenal.

    Penerbitnya ketika itu datang menghampiri wajah saya dengan alasan untuk membaiki mikrofon, namun sebaliknya memegang dada saya.

    “Dia sempat puji saya cantik ketika itu dan kata kami sangat sepadan jika bersama. Penerbit rancangan juga merupakan suami orang,” katanya.

    Sarimah enggan gadai maruah hanya kerana pekerjaan. – mStar

    Sarimah berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia di sebuah sidang media yang berlangsung pada malam di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Bukan itu sahaja, individu tersebut turut mengajaknya bercuti bersama dan mengugut menamatkan kontrak pengacaraan jika pelawaan ditolak.

    “Selepas itu dia kata saya tak boleh dapat sambung musim yang seterusnya sekiranya saya tidak pergi bercuti bersamanya.

    “Saya kata tak apa saya akan bayar percutian saya sendiri. Kamu pergilah,” jelasnya.

    Penyanyi Kini Kau Tiada itu turut mengakui ini bukan kali pertama berhadapan situasi seperti itu.

    Dia pernah diundang makan malam dan dipaksa berpakaian seksi di hadapan seorang pengarah dalam sebuah bilik.

    Kerana Sarimah menolak permintaan tersebut, dia gagal mendapat tawaran pekerjaan seperti yang diinginkan.

    Menurut Sarimah, situasi tersebut berlaku ketika dia masih muda dan tidak tahu wujudnya perkataan gangguan seksual.

    Berikutan itu, dia menggesa supaya setiap wanita berhak berkata ‘tidak’ sekiranya ada pihak yang cuba memperguna tubuh mereka. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda