Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saringan COVID-19 untuk pelajar baharu di Labuan

    LABUAN, 3 OGOS – Jabatan Kesihatan Labuan akan melakukan segala usaha untuk memastikan lebih 2,000 pelajar baharu yang datang berdaftar di Kolej Matrikulasi Labuan di sini bebas daripada jangkitan COVID-19.

    Pengarahnya, Dr Ismuni Bohari, berkata pasukan dari jabatannya akan melakukan saringan terhadap pelajar sama seperti semua penumpang yang tiba di pulau itu menerusi pengangkutan laut dan udara.

    “Tidak ada perubahan dalam kaedah saringan. Malah penduduk Labuan atau mereka yang bekerja dan tinggal di sini yang melakukan perjalanan selama lebih tiga hari akan dikenakan ujian calitan selepas pulang ke sini,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Tiga orang, dua daripada mereka pelajar, yang pulang dari tanah besar Sabah semalam dan hari ini diuji positif COVID-19.

    Labuan dijangka menyaksikan ketibaan 2,860 pelajar kolej dari tanah besar Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia bermula semalam dan 7 Ogos ini. – Bernama

    Keadaan dilihat agak sesak dengan ketibaan penumpang bot laju dan feri ekspres yang beratur di Terminal Feri Antarabangsa Labuan berikutan kemasukan lebih daripada 2,000 pelajar baharu ke pulau bebas cukai, Labuan bagi semester baharu Kolej Matrikulasi Labuan, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda