Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saringan pilih wakil Zon 5 Daerah Brunei dan Muara

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OKT – Musabaqah Membaca Al-Quran Secara Murattal bagi Muslimah Berumur 55 Tahun ke atas Peringkat Saringan bagi Zon 5 Daerah Brunei dan Muara telah diadakan di Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit (DRIPAD), Kilanas, kelmarin.

    Hadir sama pada musabaqah anjuran Jawatankuasa Takmir Masjid DRIPAD dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Brunei dan Muara dan Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid (JHEM) itu ialah Ketua Bahagian Hal Ehwal Muslimah, JHEM, Dayang Noraini Yanti binti Haji Hussin.

    Sesi saringan diadakan bagi memilih dua orang wakil dari Zon 5 Daerah Brunei dan Muara untuk ke peringkat akhir yang akan diadakan kemudian di Masjid Universiti, Universiti Brunei Darussalam.

    Antara tujuan musabaqah adalah untuk memupuk semangat suka membaca Al-Quran dalam kalangan peserta dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Di samping mengimarahkan masjid dalam meraih keredaan Allah SWT, pertandingan juga dihasratkan bagi mengukuhkan lagi ukhuwah Islamiyah sesama peserta serta menarik minat para jemaah khususnya warga emas, untuk mempelajari ilmu bacaan Al-Quran.

    Gambar oleh Yusrin Junaidi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda