Monday, October 7, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sarjit kecewa prestasi Speedy Tigers

    KUALA LUMPUR, 8 JULAI – Ketua jurulatih pasukan hoki lelaki negara, Sarjit Singh, nyata kecewa dengan prestasi anak buahnya ketika dibelasah 10-1 oleh Jerman pada perlawanan ujian siri Jelajah Eropah di Monchengladbach, malam tadi.

    Sarjit berkata beliau tidak menyangka gawang Malaysia dibolosi dengan jumlah yang besar sambil mengakui kegagalan pemain mengawal benteng pertahanan menjadi punca pasukan negara dibelasah dalam aksi itu.

    “Sejujurnya tidak jangka dengan jumlah jaringan ini. Struktur pertahanan pasukan tidak bekerja dengan baik, dan bagi ruang kepada pihak lawan untuk menerima dan menjaringkan gol.

    “Kita juga tidak berapa klinikal di dalam kawasan D. Keputusan yang agak mengecewakan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikongsi Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) kepada media hari ini.

    Walaupun tewas, beliau tetap memuji aksi pasukannya pada perlawanan itu yang tidak takut untuk menerapkan corak permainan menyerang berdepan lawan yang mempunyai ranking yang lebih tinggi.

    “Dari sudut positif pemain sebenarnya mampu untuk bermain dengan pasukan Jerman tetapi tidak berapa konsisten dan banyak perkara perlu diperbaiki. Mereka juga berani untuk bermain corak menyerang.

    “Barisan kejurulatihan berharap pemain dapat bangkit dan memperbaiki kelemahan yang berlaku pada perlawanan bertemu Jerman. Tanggungjawab yang besar untuk barisan kejurulatihan memperbaiki pasukan,” katanya. – Bernama

    Sarjit semasa ditemu bual media pada sesi latihan skuad Hoki Kebangsaan pada 25 April. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda