Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sarkozy anggap penjara sebagai ‘mimpi ngeri’

    PARIS, 10 NOV – Nicolas Sarkozy hari ini menyifatkan kehidupannya di penjara sebagai ‘mimpi ngeri’ ketika pihak pendakwa memohon agar bekas presiden Perancis itu dibebaskan sementara menunggu perbicaraan rayuan berhubung dakwaan pembiayaan daripada Libya.

    Mahkamah Rendah pada September lalu mendapati bekas pemimpin berhaluan kanan itu, yang memimpin Perancis dari 2007 hingga 2012, bersalah kerana cuba mendapatkan dana daripada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi bagi membiayai kempen pilihan raya yang membawanya menerajui tampuk pendadbiran dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun.

    Sarkozy, 70, mula menjalani hukuman pada 21 Oktober, menjadikannya bekas ketua negara dalam Kesatuan Eropah pertama yang dipenjarakan, sementara pasukan peguamnya segera mengemukakan permohonan pembebasan.

    Mahkamah Rayuan Paris membuka prosiding hari ini dan dijangka membuat keputusan pada hari yang sama, berkemungkinan membenarkan bekas presiden itu dibebaskan serta-merta. – AFP

    Nicolas Sarkozy meninggalkan mahkamah selepas keputusan perbicaraannya di Mahkamah Tribunal de Paris, Paris, pada 25 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda