Tuesday, March 18, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sarosi singkirkan Soniia

    TOKYO, 28 JULAI – Pemain perseorangan wanita utama Malaysia, Soniia Cheah Su Ya tersingkir daripada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas tewas dalam aksi pertamanya di pentas temasya berprestij itu di Musashino Forest Sport Plaza, hari ini.

    Soniia, 28, akhirnya membuat penampilan sulung di pentas Olimpik selepas lawannya Laura Sarosi dari Hungary menarik diri akibat kecederaan pada aksi pembukaan Kumpulan N semalam, namun terpaksa akur dengan kehebatan pemain ranking keenam dunia Ratchanok Intanon dari Thailand.

    Bagaimanapun, beliau yang berada di ranking ke-35 tetap memberikan saingan sengit kepada lawannya itu yang turun sebagai pilihan kelima temasya, pada aksi memasuki set penentuan dengan kemenangan berpihak kepada Ratchanok 19-21, 21-18, 21-10 dalam tempoh 61 minit.

    Keputusan itu menyaksikan Ratchanok yang juga bekas juara dunia 2013 melebarkan rekod kemenangan berdepan Soniia kepada lima pertemuan sejak 2017.

    Kekalahan itu turut menutup peluang Soniia untuk mara ke pusingan suku akhir sekali gus menjadi wakil ketiga daripada kem badminton negara di Tokyo yang tersingkir selepas beregu campuran dan beregu wanita turut terkandas seawal pusingan kumpulan. – Bernama

    Aksi Laura Sarosi dari Hungary semasa pertandingan badminton perseorangan wanita di Olimpik Tokyo 2020. – AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda