Sunday, March 16, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sarri semakin pulih

    MILAN, 29 OGOS – Maurizio Sarri (gambar bawah) semakin pulih untuk tampil buat pertama kali sebagai pengendali Juventus di laman sendiri Sabtu ini bertemu bekas pasukannya Napoli selepas terlepas aksi pertama musim akibat radang paru-paru.

    Juara bertahan lapan kali itu akan mengharungi aksi pertama di laman sendiri menentang naib juara musim lalu.

    Pengendali berusia 60 tahun itu dilaporkan mengundang rasa tidak puas hati pimpinan tertinggi kelab apabila masih merokok walaupun mengalami masalah kesihatan.

    Awal minggu lalu Sarri bergambar bersama peminat di luar kediamannya dengan tangannya memegang sekotak rokok. Bagaimanapun Sarri masih memantau sesi latihan, dan mula turun ke padang sejak beberapa hari lalu.

    Bekas pengendali Chelsea itu bersama Napoli selama tiga musim tanpa sebarang trofi dan keputusannya menyertai Juventus dilihat sebagai mengkhianati kelab lamanya serta penyokong.

    Sekiranya Sarri masih belum cukup sihat Sabtu ini, ia mungkin memberi peluang buat Napoli kendalian Carlo Ancelotti, yang menang 4-3 ke atas Fiorentina pada aksi pembukaan.

    Juventus menang 1-0 ke atas Parma hujung minggu lalu dengan jaringan Cristiano Ronaldo dibatalkan pengadil selepas ulang tayang VAR kerana ofsaid.

    Pemain baharu Napoli dari Mexico, Hirving Lozano bakal diturunkan buat pertama kali untuk pasukannya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda