Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Sarung tangan kunci keselamatan tangan ketika memancing

    Dalam menjalankan aktiviti memancing, kadang-kadang boleh dikatakan kecedaraan pada bahagian tangan sudah menjadi asam garam bagi pemancing-pemancing di luar sana. Ini kerana tangan merupakan anggota tubuh yang paling aktif digunakan untuk memegang, mengikat, melontar, meraba dan sebagainya.

    Sama ada tercucuk sengat, duri, tulang, mata kail, gigi ikan, sepit atau tanduk udang dan pelbagai lagi, kecederaan sedemikian bukan sahaja boleh mengakibatkan rasa sakit dan bengkak bahkan risiko terkena jangkitan bakteria sekiranya luka-luka tersebut tidak dirawat dengan betul.

    Jangkitan bakteria seperti mycobacterium marinum, patogen yang terdapat pada ikan air laut dan air tawar, sekiranya sampai ke bahagian jantung boleh mengakibatkan kesan yang bahaya. Selain itu jangkitan-jangkitan serius juga boleh menyebabkan penyakit arthritis (inflamasi pada bahagian tisu dan sendi), tenosynovitis (inflamasi tendon), osteomyelitis (infeksi tulang), bursitis dan lain-lain lagi.

    Keadaan ini dinamakan sebagai fish handler’s disease, yang selalunya berlaku kepada pengendali-pengendali ikan yang mendapat kecederaan tangan tidak kiralah luka kecil atau besar.

    Oleh itu sekiranya tangan awda cedera ketika memancing atau mengendalikan ikan, segeralah cuci dengan air bersih, kemudian dinyahkuman menggunakan alkohol atau sabun dan balut dengan kain pembalut atau plaster bagi mengelakkan sebarang jangkitan.

    Sarung tangan memancing bukan sahaja melindungi tangan bahkan kawalan yang lebih baik ketika memegang ikan atau peralatan pancing agar tidak mudah terlepas daripada tangan, meskipun dalam keadaan basah kuyup.

    Itulah pentingnya kotak pertolongan cemas sentiasa tersedia di dalam bot atau kereta.

    Meskipun kecederaan tangan berkemungkinan berlaku ketika memancing, cara terbaik untuk mengurangkan risiko tersebut adalah dengan mengenakan sarung tangan memancing.

    Sarung tangan memancing bukan sekadar untuk gaya. Selain direka khas untuk melindungi tangan daripada kecederaan akibat tali pancing yang tajam atau semasa mengendali ikan, ia juga memberikan kawalan yang lebih baik ketika memegang ikan atau peralatan pancing agar tidak mudah terlepas daripada tangan, meskipun dalam keadaan basah kuyup.

    Memilih sarung tangan memancing tidak perlu daripada jenis yang mahal, yang penting ia tahan lasak dan kosnya pula sesuaikan dengan kekerapan awda turun memancing. Bagi pemancing tegar yang sentiasa turun padang, sarung tangan yang diperbuat daripada material berkualiti seperti Kevlar akan dapat bertahan dengan lama.

    Manakala bagi pemancing yang hanya turun kadang-kadang sekali dalam seminggu atau sebulan, sarung tangan murah dengan ketahanan sederhana sudah memadai.

    Selain itu, sarung tangan memancing secara amnya tersedia dalam dua jenis gaya iaitu pertama, open-fingered atau fingerless, yang mana sebahagian jari akan terdedah membolehkan pemancing untuk mengikat tali, mata kail, umpan dan sebagainya dengan lebih senang, sesuai bagi pemancing yang perlu mengikat peralatan mereka berulang-ulang.

    Yang kedua adalah jenis full-glove atau tertutup penuh, untuk pancingan yang lebih tahan lasak, yang memberikan perlindungan kepada semua jari-jemari pemancing.

    Sarung tangan jenis full-glove sangat penting digunakan ketika menentang ikan besar, mengendalikan ikan, melepaskan mata kail daripada ikan bergigi tajam, memegang paruh ikan seperti mersuji dan melakukan kerja-kerja membuat filet. Pilih sarung tangan yang mempunyai kualiti buatan yang baik, selesa serta mempunyai bahan pad pada bahagian-bahagian yang perlu untuk perlindungan yang lebih baik.

    Oleh yang demikian, kenal pasti jenis pancingan yang akan awda lakukan dalam pemilihan sarung tangan sama ada awda perlu mendapatkan jenis fingerless yang lebih ringan dan selesa atau jenis full-glove yang memberikan perlindungan terbaik.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...