Saturday, August 13, 2022
24 C
Brunei

Sasar 15,200 peniaga guna e-dompet 2022

-

KAPIT, 28 NOV – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyasarkan sejumlah 15,200 peniaga luar bandar di seluruh Malaysia terlibat dengan model perniagaan secara digital atau e-dompet menjelang 2022.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata bagi mencapai sasaran itu, KPDNHEP dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) akan memperluaskan lagi program Inisiatif Digital Peruncitan (ReDI) di setiap negeri.

“Program ini diadakan bagi memastikan peniaga kecil tidak ketinggalan dalam arus perdana dan membantu perniagaan kecil di kawasan pedalaman melibatkan diri menerusi model baharu perniagaan secara digital,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Nanta berkata berdasarkan rekod Jabatan Perangkaan Malaysia, pendapatan transaksi e-dagang telah melonjak hingga 30 peratus iaitu RM254.6 bilion pada suku pertama 2021.

“Berdasarkan rekod Bank Negara, penggunaan e-dompet atau ‘e-wallet’ juga menunjukkan peningkatan sebanyak RM600 juta pada 2020, berbanding tahun sebelumnya yang hanya mencatat sebanyak RM300 juta,” katanya. 

Setakat ini, sejumlah 1,734 peniaga di daerah Kapit telah mendaftarkan perniagaan mereka dengan penyedia e-dompet. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Dua beradik bersatu semula selepas 75 tahun

BHATINDA, INDIA, 12 OGOS – Air mata kegembiraan membasahi pipi seorang pekerja buruh India yang akhirnya bertemu abang tersayang dari Pakistan buat pertama kalinya...
- Advertisment -