Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sasaran 10,000 stesen pengecas EV pada 2025 dikekalkan

    DENGKIL, 20 MAC – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) masih mengekalkan sasaran 10,000 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) beroperasi di negara ini pada 2025, kata Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

    Beliau berkata, sebarang semakan terhadap sasaran itu akan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan (NEVSC) yang akan diadakan dalam masa terdekat.

    “Semasa saya berbincang dengan mereka (pihak industri), mereka masih yakin (dengan sasaran itu) angka itu terlalu agresif bagi saya, namun, mereka masih boleh mencapainya kerana beberapa bulan lepas (stesen pengecas EV) adalah 1,400 dan bulan lepas jumlah itu sudah melebihi 2,000.

    “Mereka berusaha dengan cukup pantas tetapi kita akan lihat kerana mesyuarat jawatankuasa EV akan membincangkan sama ada kita perlu mengekalkan atau tidak sasaran itu. Pihak industri dilihat optimistik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Stesen Pengecas Terbesar Tesla di Asia Tenggara di sini, hari ini.

    Pelancaran itu disempurnakan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

    Beliau berkata, pada masa ini sebanyak 2,020 stesen pengecas EV beroperasi di seluruh negara.

    Tengku Zafrul berkata, kerajaan menawarkan pelbagai insentif dan inisiatif kepada peserta industri EV bagi memastikan sasaran itu dapat dicapai. – Bernama

    Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin berkenan mengecas kenderaan elektrik di Stesen Pengecas Kenderaan Elektrik Tesla di Gamuda Cove, Selangor, selepas melancarkannya pada 20 Mac menjadikan stesen terbesar di Asia Tenggara. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda