WASHINGTON, 5 FEB – Mengekalkan pemanasan global jangka panjang kepada dua darjah Celsius (C) – sasaran sandaran perjanjian iklim Paris – kini ‘mustahil,’ menurut analisis baharu yang diterbitkan oleh saintis terkemuka.
Diketuai oleh ahli klimatologi dan bekas saintis iklim NASA yang terkenal, James Hansen, analisis yang diterbitkan dalam jurnal Environment: Science and Policy for Sustainable Development itu menyimpulkan bahawa iklim bumi lebih sensitif terhadap peningkatan pelepasan gas rumah hijau daripada yang difikirkan sebelum ini.
Memburukkan lagi krisis, Hansen dan rakan sekerja berkata penurunan baru-baru ini dalam pencemaran aerosol yang menyekat cahaya matahari daripada industri perkapalan telah mengurangkan beberapa pemanasan.
Senario perubahan iklim yang bercita-cita tinggi yang digariskan oleh panel iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, yang memberi bumi peluang 50 peratus untuk mengekalkan pemanasan di bawah 2C menjelang tahun 2100, ‘merupakan senario yang tidak munasabah,’ kata Hansen pada taklimat, kelmarin.
“Senario itu kini mustahil,” kata Hansen, yang mengumumkan kepada Kongres Amerika Syarikat pada 1988 bahawa pemanasan global sedang berlaku.
“Sasaran dua darjah Celsius tidak akan dapat dicapai,” tambahnya. – AFP