Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Sasaran ketibaan pelancong Indonesia disemak semula

    BEKASI, 6 SEPT – Sasaran ketibaan pelancong Indonesia ke Malaysia tahun ini disemak semula menjadi 400,000 orang pelancong berban-ding sasaran awal seramai 180,000 orang pelancong.

    Seramai 200,000 orang pelancong Indonesia ke Malaysia setakat Jun didorong hubungan baik kedua negara yang dipelopor kerajaan Malaysia dan Indonesia, kata Pengarah Tourism Malaysia Jakarta, Junus Suhid.

    Sebaliknya, pelancong Malaysia ke Indonesia juga meningkat pesat dengan pelbagai tujuan seperti bercuti, membeli-belah dan menikmati keindahan pemandangan.

    Beliau ditemui di majlis pelancaran ‘Malaysian Cuisine Festival’ anjuran Avenzel Hotel and Convention dengan kerjasama Tourism Malaysia di Bekasi, Jawa Barat.

    Junus berkata aktiviti promosi yang diatur termasuk perlumbaan Grand Prix Malaysia 2022, program khas di Manado, Sulawesi Utara pada Oktober dan di Kalimantan untuk menarik pelancong.

    Kerjasama dengan agensi dan syarikat penerbangan turut dipergiat untuk merancakkan kembali industri pelancongan dalam tempoh pasca COVID-19.

    Terdahulu, Junus berkata penganjuran festival lima hari berakhir 10 September akan mempromosikan Malaysia serta menggalakkan pertukaran kepakaran dalam bidang masakan antara dua buah negara. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...