WASHINGTON, 2 Nov – Penggodam dari Rusia yang telah mengganggu Pilihan Raya Presiden AS berazam akan membuat lebih dari apa yang terjadi semasa kempen Hillary Clinton yang lalu, dengan menyasarkan e-mel kepunyaan pegawai Ukraine, ahli pembangkang Rusia, kontraktor pertahanan AS dan beribu-ribu pinjaman yang membabitkan Kremlin, menurut laporan tidak rasmi oleh AP.
Senarai bukti forensik belum menampakkan hubungan di antara penggodam dan kerajaan Rusia, yang telah mendedahkan operasi beberapa tahun lepas dan cuba menceroboh isi kandungan Gmail kepunyaan 4,700 orang pengguna seluruh dunia.
AP memaparkan 19,000 buah pangkalan data yang berkaitan dengan rangkaian jahat yang telah dikumpul oleh firma keselamatan siber Secureworks, sejumlah besar e-mel penjahat dan perbualan lebih 100 sasaran godam.
Secureworks telah menemukan kumpulan penggodam yang dikenali sebagai Fancy Bear yang telah mendedahkan ke laman internet secara tidak sengaja. Senarai telah menunjukkan hubungan di antara penggodam dan berlakunya pembocoran yang menggegarkan pilihan raya presiden pada saat-saat akhir, termasuk isi kandungan e-mel pengerusi kempen Clinton, John Podesta.
Isu yang berkaitan dalang utama yang menggodam Demokrat sekali lagi menjadi tumpuan utama berikutan dengan pendedahan oleh ahli kempen Donald Trump, George Papadopoulos, menyatakan bahawa pihak Rusia mempunyai hubungan dengan Clinton termasuk penemuan beribu-ribu e-mel.
Jurucakap Kremlin, Dmitry peskov tidak menemukan campur tangan Rusia tetapi berdasarkan senarai yang telah diperiksa menunjukkan bukti yang kukuh yang diberikan oleh AP.
“Ini Kremlin dan kakitangan secara menyeluruh,” kata Andras Racz, pakar dalam polisi keselamatan Rusia di Universiti katolik Pazmany Peter di Hungary.
Sejumlah besar sasaran mempunyai sedikit persamaan kecuali mereka yang merentasi radar kremlin: aktivis alam sekitar di bandar Murmansk di pelabuhan Rusia; majalah politik di Armenia; wakil Vatican di Kiev: organisasi pendidikan dewasa di Kazahkstan. – AP