Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sasaran pingat emas perlukan beregu lelaki terbaik – Herry Iman

    KUALA LUMPUR, 30 SEPT – Ketua jurulatih beregu lelaki Malaysia, Herry Iman Pierngadi menegaskan Malaysia perlu menurunkan beregu terbaik jika emas menjadi sasaran pada Sukan SEA Thailand 2025 pada Disember ini.

    Beliau berkata ketika ini terdapat empat pasangan negara berada dalam senarai untuk mewakili Malaysia ke temasya dwitahunan itu iaitu juara dunia 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King dan Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri.

    “Kalau menurut saya (tunggu) sasaran dulu dari BAM apa. Kalau memang mahu pingat emas kita beri yang terbaik. Lebih kurang itu pandangan saya…jadi saya tunggu keputusan BAM untuk sasaran bagi beregu lelaki,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia, di Kuala Lumpur hari ini.

    Menurutnya, senarai akhir pemain dijangka diputuskan minggu depan menerusi mesyuarat bersama Pengarah Kejurulatihan Beregu Kebangsaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky.

    Herry Iman berkata hanya dua pasangan beregu akan dibawa ke Thailand mengambil kira had kuota pemain yang turut melibatkan acara berpasukan.

    Sukan SEA Thailand 2025 dijadual berlangsung pada 9 hingga 20 Disember ini di venue sekitar Bangkok, Chonburi and Songkhla. – Bernama

    Herry Iman Pierngadi. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda