Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sasha Saidin ambil empat dos vaksin?

    Penyanyi, Sasha Saidin yang menetap di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bersama suami, Sirhan Wahab tidak mengalami sebarang kesan sampingan selepas menerima empat dos vaksin COVID-19 di negara itu.

    Sasha, 44, yang juga anggota Elite berkata, walaupun tiada paksaan untuk mengambil dos penggalak, namun melihat pelbagai varian baharu yang semakin agresif membuatkan dia enggan merisikokan diri.

    “Saya sudah mengambil empat suntikan vaksin. Dos pertama Sinopharm pada Disember tahun lalu dan dos kedua Sinopharm pada Januari lalu.

    “Dos pertama dan kedua Pfizer pula pada Ogos lalu. Saya mengambil dos penggalak (booster dose) ini kerana kerajaan UAE menyarankan penduduk yang mengambil vaksin Sinopharm sebelum ini untuk mengambil dos penggalak jenis Pfizer.

    “Alhamdulillah saya tidak berdepan sebarang kesan sampingan teruk selepas mendapatkan dos penggalak kedua pada 29 Ogos lalu. Saya percaya setiap saranan yang dibuat pasti melalui proses kajian yang terperinci dan pihak berwajib juga tidak akan keluarkan saranan ini sewenang-wenangnya. Lagipun melihat kepada varian baru yang semakin mengganas, pasti ini adalah salah satu langkah terbaik,” katanya.

    Menurut Sasha, rata-rata penduduk di UAE sudah menjalani kehidupan normal seperti biasa apabila kes jangkitan virus COVID-19 mencatatkan angka rendah setiap hari,” katanya.

    Sasha berpindah ke Dubai selepas berkahwin dengan Sirhan pada 20 Januari tahun lalu. – Agensi

    Sasha Saidin yang menetap di Dubai, bersama suami tidak mengalami sebarang kesan sampingan selepas menerima empat dos vaksin. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda