Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sassuolo beri kejutan ke atas Juventus

    MILAN, 17 APRIL – Juventus tewas 1-0 oleh Sassuolo untuk kekal di tempat ketujuh dalam Serie A kelmarin apabila Gregoire Drefel bertindak pantas untuk menjaringkan gol melalui clearance yang lemah.

    Kekalahan itu menyebabkan Juventus berada di bawah kelayakan Eropah selepas kelab gergasi Turin itu dihukum 15 mata kerana aktiviti perpindahan terlarang pada Januari.

    Manakala, Roma kendalian Jose Mourinho menentang trend dengan menewaskan Udinese 3-0 melalui rembatan Eduardo Bove selepas sepakan penalti yang diselamatkan untuk gol pembukaan.

    Lorenzo Pellegrini dan Tammy Abraham turut menjaringkan gol ketika Roma mengukuhkan tempat ketiga, lima mata di hadapan Inter yang berada di tempat kelima.

    Pada awal pagi hari ini, Juventus, berpakaian jalur merah jambu dan biru, bermula dengan Arkadiusz Milik dan Dusan Vlahovic di hadapan pada separuh masa pertama yang menjemukan.

    Tidak lama selepas rehat Drefel memanfaatkan kesilapan pemain Juve, berpusing dan melepaskan rembatan rendah melepasi Mattia Perin di gawang Juve.

    Jurulatih, Massimiliano Allegri kemudian membuat beberapa pertukaran yang membawa Paul Pogba dan Angel di Maria namun tidak berjaya membawa sebarang hasil.

    Perin berada di gawang ketika penjaga gol tetap Juve, Wojciech Szczesny diletakkan di bangku simpanan selepas mengalami sakit dada pada pertengahan minggu. – AFP

    Reaksi Defrel (tengah), meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol semasa perlawanan antara Sassuolo dan Juventus di stadium Mapei, Itali, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda