Sassuolo kejutkan Juventus

MILAN, 28 OKT – Maxime Lopez mengejutkan Juventus menerusi ja-ringan pada minit ke-95 di Stadium Allianz untuk memastikan Sassuolo menang 2-1 semalam, sekali gus meninggalkan lawan mereka dalam usaha memburu kejuaraan liga.

Lopez pemain tengah Perancis meledak gol menarik ketika Juve memburu kemenangan untuk memulihkan siri kekalahan skuad kendalian Massimiliano Allegri.

Juve kini ketinggalan 13 mata di belakang pendahulu liga, AC Milan yang mengatasi Torino semalam dan berada di kedudukan ketujuh selepas beberapa aksi mengecewakan.

Sementara itu, Sassuolo kendalian Alessio Dionisi melonjak ke kedudukan kesembilan dengan 14 mata, hanya satu mata di belakang Juve selepas kemenangan sulung ke atas skuad bola sepak Itali Old Lady itu.

“Ini adalah salah satu perlawanan yang awda tidak patut tewas jika awda tahu awda tidak akan memenangi semangat mereka,” kata Allegri.

“Kami harus memikirkan bagaimana menguasai perlawanan, anda tidak boleh melepaskan jaringan seperti itu dalam serangan balas.

Juve tidak akan membenarkan jaringan seperti hari ini dan ia sepatutnya tidak berlaku lagi.” – AFP

Aksi penyerang Juventus Kaio Jorge (kiri) semasa berebut bola dalam perlawanan Serie A Itali di antara Juventus dan Sassuolo di stadium Juventus di Turin pada 27 Oktober. – AFP